Proses Pembentukan Tamadun Hwang Ho

Pembinaan tamadun ini berasaskan peranan Hwang Ho yang telah menyuburkan kawasan sekitarnya. Keadaan ini menarik penduduk nomad untuk tinggal menetap dan membina petampatan awal di kawasan tersebut. Tapak Banpo yang berdekatan bandar Sian moden merupakan petempatan awal penduduk Hwang Ho. Penduduk di kawasan ini menjalankan aktiviti pertanian dan penternakan binatang selain mengumpul hasil hutan dan memburu. Perkembangan petempatan awal ini telah melahirkan beberapa buah bandar di Lembah Hang Ho.

Salah sebuah bandar awal tamadun Hwang Ho ialah Anyang. Bandar ini merupakan pusat kerajaan  Dinasti Shang. Pembentukan Dinasti Shang telah membawa banyak lagi kemajuan, khususnya dalam usaha perluasan wilayah dan penyebaran budaya ke kawasan sekitar Lembah Hwang Ho. Semasa Dinasti Chou, tamadun ini tersebar hingga ke bahagian selatan Sungai Yangtze.

chinamap.jpg

Bandar Sian

 

 map.jpg

Anyang

 

 image.gif

Sungai Yangtze

No Comments »

Trackback URI | Comments RSS

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.

This site is protected by Comment SPAM Wiper.