Agama dan Keperluan

Dari segi agama dan keperluan, masyarakat tamadun Hwang Ho mengamalkan banyak kepercayaan termasuk animisme dan politeisme. Masyarakat Shang mengamalkan penyembahan roh nenek moyang. Selain itu, mereka juga menyembah tuhan syurga (Shang-ti) dan tuhan bumi (Tu), di samping penyembahan terhadap sungai, bukit dan gunung. Upacara penyembahan melibatkan permainan muzik, tarian dan upacara korban. Upacara penyembahan ini akan diketuai oleh golongan bomoh. Satu lagi keunikan tamadun ini ialah jumpaan tulang binatang dan kulit kura-kura di Anyang. Tulang yang ditemui ini dikenali sebagai tulang oracle. Fungsi tulang oracle adalah untuk meramal sesuatu keadaan. Golongan bomoh yang terlibat dalam upacara penilikan ini akan meletakkan tulang ini di atas unggun api sehingga timbul rekahan dan rekahan ini ditafsirkan dan disabitkan dengan sesuatu kejadian.

Amalan penilikan tulang oracle ini membawa kepada kemunculan sistem bertulis awal di China. Rekahan-rekahan pada tulang ini menimbulkan idea msyarakat tempatan untuk mencipta tulisan. Tulisan China ini berbentuk ideogram, iaitu tulisan berbentuk simbol. Tulisan asal ini kebanyakannya mempunyai gambar seperti kanak-kanak, bulan, matahari dan sungai. Namun demikian, tilisan ini mula berubah kepada bentuk yang lebih kompleks seperti yang terdapat pada hari ini.

Shang-ti dan Tien: Shang-ti merupakan dewa tertinggi di syurga dan merujuk pada nenek moyang pemerintah Shang. Orang China kuno mempercayai satu kuasa agung yang dikenali sebagai Tien. Konsep Tien sukar dijelaskan, tetapi Tien boleh dimaksudkan sebagai suatu makhluk unggul atau kuasa tertinggi alam semesta. Tien kadang-kadang dirujuk sebagai syurga. Pemikiran ini seterusnya mempengaruhi konsep Yin dan Yang.

 

oracle.jpg

Tulang oracle

 

No Comments »

Trackback URI | Comments RSS

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.

This site is protected by Comment SPAM Wiper.