Sistem Pemerintahan

Sistem Pemerintahan Dinasti Shang berbentuk pemerintahan beraja dan pengganti raja selalunya dilantik daripada kalangan saudara lelaki yang lebih muda atau anak lelaki raja. Raja-raja Shang mempunyai kewibawaab politik, ekonomi, sosial dan agama. Raja-raja ini berkuasa secara langsung di kawasan pusat pentadbiran. Masyarakat tamadun ini percaya yang kuasa merupakan mandat daripada tuhan dan raja-raja Shang tidak perlu mendapatkan pengesahan politik kerana mereka adalah daripada keturunan pemerintahan agama. Dalam urusan pentadbiran raja dibantu oleh golongan bangsawan dan pegawai kerajaan. Bagi wilayah di luar pusat pentadbiran, pemerintahan Dinasti Shang dibantu oleh golongan bangsawan. Golongan bangsawan ini dipertanggungjawabkan unutk mentadbir wilayahnya. Oleh itu, Golongan bangsawan ini berhak mewujudkan sistem pentadbirannya sendiri dalam hal seperti pungutan cukai, pertahanan dan undang-undang. Sistem yang sama telah diasimilasikan oleh Dinasti Chou apabila mereka mengambil alih pemerintahan Shang.

mandat daripada tuhan: Masyarakat Hwang Ho percaya bahawa jika raja memerintah dengan adil, kerajaan dan rakyat akan menikmati kemakmuran dan kesejahteraan hidup kerana pemerintahan itu direstui tuhan. Mereka percaya pemerintah Shang telah kehilangan mandat itu kerana mereka berlaku zalim.

No Comments »

Trackback URI | Comments RSS

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.

This site is protected by Comment SPAM Wiper.