Tembok Besar China

Dalam tamadun China, perluasan kuasa juga telah membawa kepada kelahiran empayar pada zaman Dinasti Chin, iaitu di bawah pemerintahan Shih Huang Ti yang telah berjaya menyatukan seluruh kerajaan kecil di China. Shih Huang Ti memerintah secara autokratik, iaitu tegas dan mutlak. Beliau juga telah menghapuskan kuasa golongan bangsawan dengan melantik gabenor dan panglima tentera untuk mentadbir. Bagi mempertahankan empayar China daripada serangan orang gasar, beliau telah mengarahkan pembinaan Tembok Besar China.

 

beijing-great-wall-map.gif

Peta Tembok Besar China

 

 800px-greatwall_2004_summer_4.jpg

Tembok Besar China

No Comments »

Peperiksaan Awam

Dalam tamadun China, masyarakatnya menghargai pendidikan, perniagaan dan kesusateraan dengan matlamat utama pendidikannya adalah untuk lulus peperiksaan awam kerajaan. Terdapat tiga peringkat pendidikan, iaitu pendidikan rendah, menegah dan tinggi. Pada peringkat sekolah rendah, pendidikan tertumpu pada kegiatan mengenal dan menghafal tulisan ideogram dan sembilan buah buku suci tanpa memahami maknanya. Pada peringkat menengah, tumpuan adalah terhadap karangan dan sastera, dan pada peringkat tinggi pula tumpuannya adalah untuk menterjemah buku suci.

Pendidikan di China lebih terjurus kepada kepentingan untuk pentadbiran. Peperiksaan awam mengandungi tiga tahap, iaitu tahap pertama Hsiu Tai, tahap kedua Chun-Jen dan tahap ketiga Chin Shih. Tahap pertama setaraf dengan ijazah pertama, tahap kedua setaraf dengan sarjana dan tahap ketiga setaraf dengan doktor falsafah seperti yang terdapat pada zaman moden ini. Peperiksaan tahap pertama dijalankan di daerah, tahap kedua di ibu kota daerah dan tahap ketiga di ibu kota empayar yang bertempat di istana, iaitu di hadapan maharaja. Mereka yang lulus tahap satu ijazah pertama akan berpeluang menjadi pegawai kerajaan dan ijazah kedua pula layak menjadi pendidik. Peperiksaan awam tahap pertama diadakan dua kali dalam tempoh tiga tahun sementara peperiksaan awam tahap kedua dan tahap ketiga, diadakan tiga tahun sekali. Sistem peperiksaan awam China adalah yang tertua di dunia.

peperiksaan awam: Peperiksaan ini dikendalikan dengan ketat. Mereka yang didapati meniru dikenakan hukuman mati. Untuk memastikan tidak berlaku penipuan, pemeriksa akan dikurung sebelum tiba hari peperiksaan. Mereka yang akan mengambil peperiksaan akan ditempatkan di dalam blilik dengan disediakan makanan, malah mereka dikurung selama tiga hari untuk menulis jawapan.

No Comments »

Sumbangan Tamadun Hwang Ho dari Pengalaman Falsafah Perang Sun Tzu

Terdapat satu lagi sumbangan penting tamadun Hwang Ho yang cuba digunakan sehingga hari ini, iaitu pengalaman falsafah perang Sun Tzu. Karyanya, the Art of War yang membicarakan selok-belok perang dan bagaimana menangani musuh telah diulang cetak ke dalam plebagai bahasa. Pada hari ini, falsafah tersebut diaplikasikan pula sebagai taktik dalam urusan perniagaan.

 

rb06531001.jpg

the Art of War

No Comments »

Sumbangan Tamadun Hwang Ho dari Segi Kepercayaan

Salah satu kepercayaan yang masih berkekalan sehingga hari ini ialah pemujuaan roh nenek moyang. Unsur pemujuan yang telah dijalankan sejak zaman Shang ini telah diteruskan mengikut kesesuaian masa. Misalnya, unsur korban manusia tidak lagi diamalkan dan digantikan dengan unsur makanan, duit kertas dan barangan perhiasan. Konsep Yin dan Yang serta Feng Hsui merupakan dua daripada kepercayaan yang masih terdapat dalam masyarakat China sehingga hari ini. Semasa pemerintahan Shang, sistem kalendar telah diperkenalkan, iaitu terdapat 30 hari dalam sebulan dan 360 hari dalam setahun. Raja menggunakan kalendar untuk menentukan musim menanam dan musim menuai. Amalan menggunakan kalendar ini diteruskan untuk menjalankan aktiviti harian seperti uparaca perkahwinan, perburuan ataupun pengkebumian.

Yin dan Yang: Orang China percaya bahawa alam semesta dan kejadiannya terdiri daripada dua unsur yang saling melengkapi, iaitu Yin dan Yang. Yin ialah kuasa pasif dan Yang ialah kuasa aktif.

Feng Hsui: Falsafah Taoisme yang berlandaskan falsafah alam semesta yang merujuk pada hubungan antara manusia dengan alam sekitar terutama tentang bagaimana manusia boleh hidup secara harmoni dengan alam sekitar.

 

jan.jpg

Kalendar

 

yin-yang-grouted.jpg

Ying dan Yang

 

bagua-feng-shui-colors.gif

Feng Hsui

 

No Comments »

Sumbangan Tamadun Hwang Ho dari Sistem Tulisan

Salah satu sumbangan penting tamadun Hwang Ho ialah sistem tulisannya. Sistem tulisan ini berkembang secara evolusi dan masih digunakan oleh orang China sehingga hari ini. Penggunaan tulisan ini adalah meluas dan digunakan dalam bidang penulisan dan percetakan. Tulisan ini juga diajar di sekolah-sekolah di China. Malahan tulisan ini terus berkembang dengan penggunaanya oleh orang Korea dan Jepun.

 

chinese-b.jpg

Tulisan China

No Comments »

Sumbangan Tamadun Hwang Ho dari Segi Ekonomi

Dalam aspek ekonomi, banyak sumbangan telah dicapai. Salah satu aspeknya ialah pembinaan sistem pengairan. Sejak zaman awal dinasti China terutama zaman Shang, pemimpin mereka amat prihatin terhadap pembangunan pertanian. Oleh itu, terusan-terusan dibina untuk mengairkan kawasan pertanian selain menglakkan berlakunya banjir. Sistem pengairan ini telah diteruskan pada zaman Chin oleh Shih Huang Ti ke kawasan barat daya China. Sebuah terusan telah dibina di Szechwan untuk mengairkan kawasan pertanian di wilayah tersebut. Selain itu, pembangunan dalam sektor pertanian ini juga membawa kepada kemajuan dalam teknologi pembajakan serta penciptaan cangkul dan sabit. Pada zaman ini juga petani juga mula menggunakan batas untuk tujuan penanaman. Perubahan juga berlaku secara evolusi apabila petani China mula menggantikan alat pertanian yang dibuat daripada kayu dengan yang dibuat daripada besi.

 

mfaj085j0.jpg

Sistem Pengairan

No Comments »

Sumbangan Tamadun Hwang Ho dari Segi Politik

Dari segi politik, tamadun Hwang Ho amat mempengaruhi sistem pemerintahan China kuno. Sistem pemerintahan monarki telah diteruskan hingga ke zaman Dinasti Ching. Hanya sedikit perubahan dilakukan terutama gelaran raja ditukar kepada maharaja. Konsep anak syurga dan mandat dari syurga yang dikaitkan dengan raja ditukar kepada maharaja. Konsep anak syurga dan mandat dari syurga yang dikaitkan dengan raja (maharaja) dan amalan putaran dinasti deteruskan oleh dinasti-dinasti di China hingga abad ke-20.

No Comments »

Agama dan Keperluan

Dari segi agama dan keperluan, masyarakat tamadun Hwang Ho mengamalkan banyak kepercayaan termasuk animisme dan politeisme. Masyarakat Shang mengamalkan penyembahan roh nenek moyang. Selain itu, mereka juga menyembah tuhan syurga (Shang-ti) dan tuhan bumi (Tu), di samping penyembahan terhadap sungai, bukit dan gunung. Upacara penyembahan melibatkan permainan muzik, tarian dan upacara korban. Upacara penyembahan ini akan diketuai oleh golongan bomoh. Satu lagi keunikan tamadun ini ialah jumpaan tulang binatang dan kulit kura-kura di Anyang. Tulang yang ditemui ini dikenali sebagai tulang oracle. Fungsi tulang oracle adalah untuk meramal sesuatu keadaan. Golongan bomoh yang terlibat dalam upacara penilikan ini akan meletakkan tulang ini di atas unggun api sehingga timbul rekahan dan rekahan ini ditafsirkan dan disabitkan dengan sesuatu kejadian.

Amalan penilikan tulang oracle ini membawa kepada kemunculan sistem bertulis awal di China. Rekahan-rekahan pada tulang ini menimbulkan idea msyarakat tempatan untuk mencipta tulisan. Tulisan China ini berbentuk ideogram, iaitu tulisan berbentuk simbol. Tulisan asal ini kebanyakannya mempunyai gambar seperti kanak-kanak, bulan, matahari dan sungai. Namun demikian, tilisan ini mula berubah kepada bentuk yang lebih kompleks seperti yang terdapat pada hari ini.

Shang-ti dan Tien: Shang-ti merupakan dewa tertinggi di syurga dan merujuk pada nenek moyang pemerintah Shang. Orang China kuno mempercayai satu kuasa agung yang dikenali sebagai Tien. Konsep Tien sukar dijelaskan, tetapi Tien boleh dimaksudkan sebagai suatu makhluk unggul atau kuasa tertinggi alam semesta. Tien kadang-kadang dirujuk sebagai syurga. Pemikiran ini seterusnya mempengaruhi konsep Yin dan Yang.

 

oracle.jpg

Tulang oracle

 

No Comments »

Dinasti Chou

Raja-raja Dinasti Chou membahagikan pemilikan tanah mereka kaepada wilayah-wilayah dan melantik pembesar tempatan di setiap wilayah ini. Raja-raja Dinasti Chou mengikat pembesar tempatan melalui ikrar taat setia kerpada pemerintah Chou, di samping memberikan hadiah seperti kereta kuda, sengata gangsa, hamba dan binatang. Mereka juga diminta melindungi raja dan memberikan bantuan tentera pada masa perang. Pembesar tempatan juga diberikan hak untuk bertindak sebagai ketua agama untuk menjalankan upacara pengorbanan.

 

3215805185_73c099f0ed.jpg

Kereta kuda

No Comments »

Sistem Pemerintahan

Sistem Pemerintahan Dinasti Shang berbentuk pemerintahan beraja dan pengganti raja selalunya dilantik daripada kalangan saudara lelaki yang lebih muda atau anak lelaki raja. Raja-raja Shang mempunyai kewibawaab politik, ekonomi, sosial dan agama. Raja-raja ini berkuasa secara langsung di kawasan pusat pentadbiran. Masyarakat tamadun ini percaya yang kuasa merupakan mandat daripada tuhan dan raja-raja Shang tidak perlu mendapatkan pengesahan politik kerana mereka adalah daripada keturunan pemerintahan agama. Dalam urusan pentadbiran raja dibantu oleh golongan bangsawan dan pegawai kerajaan. Bagi wilayah di luar pusat pentadbiran, pemerintahan Dinasti Shang dibantu oleh golongan bangsawan. Golongan bangsawan ini dipertanggungjawabkan unutk mentadbir wilayahnya. Oleh itu, Golongan bangsawan ini berhak mewujudkan sistem pentadbirannya sendiri dalam hal seperti pungutan cukai, pertahanan dan undang-undang. Sistem yang sama telah diasimilasikan oleh Dinasti Chou apabila mereka mengambil alih pemerintahan Shang.

mandat daripada tuhan: Masyarakat Hwang Ho percaya bahawa jika raja memerintah dengan adil, kerajaan dan rakyat akan menikmati kemakmuran dan kesejahteraan hidup kerana pemerintahan itu direstui tuhan. Mereka percaya pemerintah Shang telah kehilangan mandat itu kerana mereka berlaku zalim.

No Comments »

Next »

This site is protected by Comment SPAM Wiper.