Peperiksaan Awam
Aug 16th 2009p4a09glkuan.ppc@smjk.edu.myUncategorized
Dalam tamadun China, masyarakatnya menghargai pendidikan, perniagaan dan kesusateraan dengan matlamat utama pendidikannya adalah untuk lulus peperiksaan awam kerajaan. Terdapat tiga peringkat pendidikan, iaitu pendidikan rendah, menegah dan tinggi. Pada peringkat sekolah rendah, pendidikan tertumpu pada kegiatan mengenal dan menghafal tulisan ideogram dan sembilan buah buku suci tanpa memahami maknanya. Pada peringkat menengah, tumpuan adalah terhadap karangan dan sastera, dan pada peringkat tinggi pula tumpuannya adalah untuk menterjemah buku suci.
Pendidikan di China lebih terjurus kepada kepentingan untuk pentadbiran. Peperiksaan awam mengandungi tiga tahap, iaitu tahap pertama Hsiu Tai, tahap kedua Chun-Jen dan tahap ketiga Chin Shih. Tahap pertama setaraf dengan ijazah pertama, tahap kedua setaraf dengan sarjana dan tahap ketiga setaraf dengan doktor falsafah seperti yang terdapat pada zaman moden ini. Peperiksaan tahap pertama dijalankan di daerah, tahap kedua di ibu kota daerah dan tahap ketiga di ibu kota empayar yang bertempat di istana, iaitu di hadapan maharaja. Mereka yang lulus tahap satu ijazah pertama akan berpeluang menjadi pegawai kerajaan dan ijazah kedua pula layak menjadi pendidik. Peperiksaan awam tahap pertama diadakan dua kali dalam tempoh tiga tahun sementara peperiksaan awam tahap kedua dan tahap ketiga, diadakan tiga tahun sekali. Sistem peperiksaan awam China adalah yang tertua di dunia.
peperiksaan awam: Peperiksaan ini dikendalikan dengan ketat. Mereka yang didapati meniru dikenakan hukuman mati. Untuk memastikan tidak berlaku penipuan, pemeriksa akan dikurung sebelum tiba hari peperiksaan. Mereka yang akan mengambil peperiksaan akan ditempatkan di dalam blilik dengan disediakan makanan, malah mereka dikurung selama tiga hari untuk menulis jawapan.
No Comments »
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.