Susun Lapis dalam Organisasi Sosial Masyarakat Shang

Susun lapis dalam organisasi sosial masyarakat Shang memperlihatkan golongan raja dan pembesar memduduki lapisan paling atas yang diterajui oleh raja. Sedangkan lapisan bawahan, iaitu golongan petani yang membentuk sebahagian besar penduduk, mendiami kawasan di luar bandar, iaitu di sekeliling negara kota ini. Dalam lapisan ini terdapat juga golongan artisan. Golongan ini wujud sebahagian besarnya disebabkan oleh kemahiran yang muncul dalam tamadun Shang, iaitu penguasaan mereka dalam teknologi gangsa. Gangsa telah digunakan bagi menghasilkan senjata, perisai dan hiasan pada kereta kuda yang digunakan oleh tentera serta peralatan unuk upacara keagamaan. Oleh sebab golongan pembesar sahaja yang mampu memiliki tentera dan senjata gangsa ini, maka, golongan ini telah dapat menggunakan keistimewaan mereka ini untuk menundukkan golongan bawahan. Golongan paling bawah dalam masyarakat Shang ialah hamba. Perhambaan merupakan satu ciri utama dalam Dinasti Shang.

picture.jpg

Susun lapis masyarakat tamadun Hwang Ho

morecfca051993ff25a469b6.jpg

Senjata gangsa

 bronzeshieldofkingpharnakesiwhor-1.jpg

Perisai gangsa

No Comments »

Trackback URI | Comments RSS

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.