Lokasi

Seperti dalam tamadun awal yang lain, sungai juga menjadi nadi utama dalam pembentukan tamadun Hwang Ho. Tamadun ini muncul daripada kesuburan tanah yang terdapat di Hwang Ho atau Sungai Kuning. Hwang Ho merupakan sungai kedua terpanjang di China (5464km) dan terletak di bahagian utara negara China. Sungai ini mengalir dari kawasan tanah tinggi di sebelah barat ke Teluk Bo Hai di sebelah timur. Lokasi tamadun ini jauh daripada pusat-pusat tamadun dunia yang lain. Ciri-ciri fizikalnya yang bergunung-ganang dan berpadang pasir menyebabkan tamadun ini bersifat setempat.

yellow_river.jpg

Lokasi tamadun Hwang Ho

No Comments »

Trackback URI | Comments RSS

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.