Kerangka Masa
Aug 14th 2009p4a09glkuan.ppc@smjk.edu.myUncategorized
Kemunculan tamadun Hwang Ho ini dapat dikesan daripada jumpaan tengkorak homo sapien yang dikenali sebagai Peking Men yang dikatakan hidup pada sekitar tahun 400,000 S.M.. Jumpaan ini membuktikan adanya kehidupan Zaman Paleolitik. Zaman Neolitik pula muncul pada sekitar tahun 5000 S.M.. Pada era inilah munculnya aktiviti pertanian dan perternakan. Dinasti beraja pertama di China diasaskan oleh Dinasti Hsia aygn bermula pada sekitar tahun 2205 – 1766 S.M.. Namun, belum ada bukti sejarah yang terdapat mengesahkan kewujudan Dinasti Hsia ini sebagaimana Dinasti Shang yang telah dapat dibuktikan kewujudannya melalui jumpaan arkeologi yang menandakan permulaannya pada sekitar tahun 1766 – 1050 S.M.. Pada penghujung pemerintahan Dinasti Shang muncul kebangkitan hamba kerana kezaliman pemerintahan Raja Shang. Ini telah mendorong suku Chou yang mendiami Lembah Sungai Wei di bahagian barat mengambil kesempatan untuk menyingkirkan dan menggantikan pemerintahan Shang dengan pemerintahan Dinasti Chou dari tahun 1050 S.M. hingga tahun 256 S.M..
Homo sapien
Tengkorak Peking Men
No Comments »
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.