Sistem Organisasi Sosial

Sistem organisasi sosial yang wujud telah membawa kepada penglhususan pekerjaan. Sebagaimana yang dijelaskan di atas, golongan pembesar mempunyai tentera masing-masing. Terdapat dua kumpulan tentera, isitu tentera yang menggunakan kereta kuda dan tentera berjalan kaki. Di samping itu, golongan petani sebagai tonggak ekonomi dan pentadbiran berperanan memenuhi keperluan golongan atasan. Golongan inilah yang telah membentuk kumpulan artisan. Golongan artisan ini telah mereka cipta pelbagai barabgan tembaga seperti bekas minuman dan makanan, senjata dan barang tembikar. Golongan hamba pula berfungsi sebagai tentera paksaan selain digunakan untuk membantu kerja-kerja perburuhan dan untuk tujuan korban dalam upacara penyembahan.

No Comments »

Susun Lapis dalam Organisasi Sosial Masyarakat Shang

Susun lapis dalam organisasi sosial masyarakat Shang memperlihatkan golongan raja dan pembesar memduduki lapisan paling atas yang diterajui oleh raja. Sedangkan lapisan bawahan, iaitu golongan petani yang membentuk sebahagian besar penduduk, mendiami kawasan di luar bandar, iaitu di sekeliling negara kota ini. Dalam lapisan ini terdapat juga golongan artisan. Golongan ini wujud sebahagian besarnya disebabkan oleh kemahiran yang muncul dalam tamadun Shang, iaitu penguasaan mereka dalam teknologi gangsa. Gangsa telah digunakan bagi menghasilkan senjata, perisai dan hiasan pada kereta kuda yang digunakan oleh tentera serta peralatan unuk upacara keagamaan. Oleh sebab golongan pembesar sahaja yang mampu memiliki tentera dan senjata gangsa ini, maka, golongan ini telah dapat menggunakan keistimewaan mereka ini untuk menundukkan golongan bawahan. Golongan paling bawah dalam masyarakat Shang ialah hamba. Perhambaan merupakan satu ciri utama dalam Dinasti Shang.

picture.jpg

Susun lapis masyarakat tamadun Hwang Ho

morecfca051993ff25a469b6.jpg

Senjata gangsa

 bronzeshieldofkingpharnakesiwhor-1.jpg

Perisai gangsa

No Comments »

Ciri-ciri Tamadun Hwang Ho

Petempatan awal yang berasaskan pertanian membawa kepada kemunculan bandar-bandar. Anyang merupakan salah satu contoh negara kota damal tamadun Hwang Ho. Anyang terletak di kawasan tanah tinggi di Sungai Huan. Di bandar ini terdapat istana, kuil dan pusat pentadbiran. Ketua pemerintah, iaitu raja, golongan pembesar dan golongan agama juga tinggal di kawasan bandar. Bandar Anyang dilengkapi dengan tembok untuk mrnghalang pencerobohan musuh dan dikelilingi oleh perkampungan yang didiami oleh masyarakat petani.

 3457918294_a3faa1f38a.jpg

Sungai Huan

No Comments »

Proses Pembentukan Tamadun Hwang Ho

Pembinaan tamadun ini berasaskan peranan Hwang Ho yang telah menyuburkan kawasan sekitarnya. Keadaan ini menarik penduduk nomad untuk tinggal menetap dan membina petampatan awal di kawasan tersebut. Tapak Banpo yang berdekatan bandar Sian moden merupakan petempatan awal penduduk Hwang Ho. Penduduk di kawasan ini menjalankan aktiviti pertanian dan penternakan binatang selain mengumpul hasil hutan dan memburu. Perkembangan petempatan awal ini telah melahirkan beberapa buah bandar di Lembah Hang Ho.

Salah sebuah bandar awal tamadun Hwang Ho ialah Anyang. Bandar ini merupakan pusat kerajaan  Dinasti Shang. Pembentukan Dinasti Shang telah membawa banyak lagi kemajuan, khususnya dalam usaha perluasan wilayah dan penyebaran budaya ke kawasan sekitar Lembah Hwang Ho. Semasa Dinasti Chou, tamadun ini tersebar hingga ke bahagian selatan Sungai Yangtze.

chinamap.jpg

Bandar Sian

 

 map.jpg

Anyang

 

 image.gif

Sungai Yangtze

No Comments »

Kerangka Masa

Kemunculan tamadun Hwang Ho ini dapat dikesan daripada jumpaan tengkorak homo sapien yang dikenali sebagai Peking Men yang dikatakan hidup pada sekitar tahun 400,000 S.M.. Jumpaan ini membuktikan adanya kehidupan Zaman Paleolitik. Zaman Neolitik pula muncul pada sekitar tahun 5000 S.M.. Pada era inilah munculnya aktiviti pertanian dan perternakan. Dinasti beraja pertama di China diasaskan oleh Dinasti Hsia aygn bermula pada sekitar tahun 2205 – 1766 S.M.. Namun, belum ada bukti sejarah yang terdapat mengesahkan kewujudan Dinasti Hsia ini sebagaimana Dinasti Shang yang telah dapat dibuktikan kewujudannya melalui jumpaan arkeologi yang menandakan permulaannya pada sekitar tahun 1766 – 1050 S.M.. Pada penghujung pemerintahan Dinasti Shang muncul kebangkitan hamba kerana kezaliman pemerintahan Raja Shang. Ini telah mendorong suku Chou yang mendiami Lembah Sungai Wei di bahagian barat mengambil kesempatan untuk menyingkirkan dan menggantikan pemerintahan Shang dengan pemerintahan Dinasti Chou dari tahun 1050 S.M. hingga tahun 256 S.M..

homo-sapiens.jpg

Homo sapien

 

peking_man_skull.jpg

Tengkorak Peking Men

No Comments »

Lokasi

Seperti dalam tamadun awal yang lain, sungai juga menjadi nadi utama dalam pembentukan tamadun Hwang Ho. Tamadun ini muncul daripada kesuburan tanah yang terdapat di Hwang Ho atau Sungai Kuning. Hwang Ho merupakan sungai kedua terpanjang di China (5464km) dan terletak di bahagian utara negara China. Sungai ini mengalir dari kawasan tanah tinggi di sebelah barat ke Teluk Bo Hai di sebelah timur. Lokasi tamadun ini jauh daripada pusat-pusat tamadun dunia yang lain. Ciri-ciri fizikalnya yang bergunung-ganang dan berpadang pasir menyebabkan tamadun ini bersifat setempat.

yellow_river.jpg

Lokasi tamadun Hwang Ho

No Comments »

About

This is an example of an iSchool-Blog page, you could edit this to put information about yourself or your site so readers know where you are coming from. You can create as many pages like this one or sub-pages as you like and manage all of your content inside of iSchool-Blog.

No Comments »

Hello world!

Welcome to Sejarah Blog – K5. This is your first post. Edit or delete it, then start blogging!

1 Comment »

« Prev